KUANTAN: Seorang wanita dipercayai hilang di kawasan benteng Sungai Kuantan, di sini, hari ini selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, selepas mendapat panggilan berkaitan insiden tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi tadi, seramai sembilan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDM) Kuantan telah melakukan ‘size-up’ bagi memudahkan pencarian.
“Berdasarkan maklumat awal, pihak polis memaklumkan mangsa dipercayai tidak pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
“Pihak berkuasa turut menemui satu beg dan selipar mangsa di lokasi berdekatan restoran makanan segera yang juga berhadapan dengan hospital berkenaan, dekat situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, katanya lagi, operasi pencarian ini turut dibantu beberapa agensi lain termasuk pihak polis.
“Dalam pada itu, operasi bagi pencarian di sungai telah menggunakan sebuah bot aluminium,” katanya lagi.
Mohd Zalani Md Atan
Thu Jun 30 2022
Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDM) Kuantan melakukan 'size-up' bagi memudahkan pencarian wanita yang hilang. - Foto JBPM
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggap polis 'musuh', 'layak dibunuh' dipercayai antara motif - Pakar
Mohd Mizan berkata kumpulan terbabit menyasarkan balai polis kerana dipercayai bagi tujuan pemilikan senjata api.
Wanita hilang tiga hari ditemui mati
Seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya sejak Khamis lalu ditemui mati dalam keadaan terapung di tepi laut berhampiran Pengkalan Zon Maritim Kuala Kurau.
Polis minta bantuan kesan wanita hilang sejak Oktober lalu
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Oktober lepas di Taman Mas,dekat Chemor.
Disangka meninggal dunia, wanita hilang 30 tahun ditemukan di Puerto Rico
Seorang wanita dari Pennsylvania, Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang lebih 30 tahun lalu dan disangka meninggal dunia oleh keluarganya ditemukan selamat.
Wanita hilang sejak tiga hari lepas ditemukan lemas
Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut dipercayai akibat lemas, di kawasan teluk di Batu 1, PD Waterfront, Port Dickson, dekat sini tengah hari tadi.
Wanita dilaporkan hilang di Sungai Kuantan ditemui lemas
Seorang wanita yang dilaporkan hilang di kawasan benteng Sungai Kuantan, telah ditemukan lemas petang tadi.
Wanita dipercayai hilang di Sungai Kuantan
Seorang wanita dipercayai hilang di kawasan benteng Sungai Kuantan, selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu.
Wanita hilang lebih seminggu ditemui mati dalam parit
Operator kilang itu hilang sejak 16 Sept selepas melaksanakan upacara sembahyang ke atas mendiang suami di sebuah kuil.
Mayat wanita terapung mirip mangsa hilang di Kepong
Mayat wanita yang ditemui terapung di di Sungai Batu, Batu 3, Jalan Ipoh di sini didakwa mirip seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh Balai Polis Kepong, pada Selasa.
Gara-gara baldi anak terselamat, ibu dikhuatiri disambar buaya ketika mandi
Seorang wanita hilang dikhuatiri disambar buaya di Sungai Peking, Bakong berhampiran rumah Mathis Depa, Miri pada Jumaat.